Siti Nurhaliza: "BERTUAHNYA anak ibu dapat beraya bersama Ayahanda Tun M dan Bonda Tun Siti"

Puteri kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah mencuri perhatian netizen yang mahu mengikuti perkembangannya menyambut Syawal pertama, seperti dikongsi ibunya di laman Instagram @ctdk.


Kemuncak entri adalah perkongsian Siti membawa Aafiyah yang berusia hampir tiga bulan, bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu negara, semalam.

Pada perkongsian yang mendapat lebih 180,000 'likes' itu, Aafiyah tampak comel mengenakan gaun bercorak bunga dilengkapi 'hairband, dipangku ibunya sambil diperhatikan Perdana Menteri.

Siti yang popular dengan lagu Anugerah Aidilfitri, turut berkongsi kapsyen berbunyi:

"BERTUAHNYA anak ibu dapat beraya bersama Ayahanda Tun M dan Bonda Tun Siti

"Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahanda Tun M dan Bonda Tun Siti (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) hari ini (semalam)."

Pada kunjungan itu, Siti ditemani suami dan anak-anak termasuk menantunya, pelakon Izara Aishah yang juga isteri kepada Muhammad Adib Khalid. Beberapa foto yang dirakam sepanjang pertemuan itu, turut dikongsi Siti.

Selain itu, beberapa entri lain memaparkan kemeriahan Aafiyah beraya menarik perhatian netizen. Foto hari raya tiga beranak berpakaian rona 'peach' sedondon, mendapat lebih 220,000 'likes' pengikut Siti.

Rata-rata peminat teruja melihat Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac lalu, menyambut Aidilfitri pertama dikelilingi ibu bapa dan keluarga tersayang.

Peminat turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Aafiyah dan ibu bapanya.



sumber:
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/06/438529/siti-aafiyah-jumpa-tun-m#cxrecs_s

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==