Tahukah Anda Kim Jong Un Sering Bawa Tandas Peribadi Bersamanya? Siap Dalam Kereta Pun Ada!

Kim Jong Un sememangnya antara pemimpin terkenal di dunia selain Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Vladimir Putin (Rusia). Antara mengapa Kim Jong Un itu jadi perhatian adalah kerana gaya kepimpinannya yang ‘unik’ di Korea Utara. Terbaru, Kim Jong Un telah bertemu Donald Trump di Singapura sempena Sidang Kemuncak ‘Damai Nuklear’.


Pertemuan pemimpin Korea Utara dan Amerika merupakan kali pertama dalam sejarah. Selain dari peristiwa itu, apa yang menarik perhatian netizen di sosial media adalah bagaimana penjaga peribadi mengawal pemimpin mereka dan tahukah anda bahawa Kim Jong Un mempunyai tandas peribadi dimana dia akan bawa kemana-mana sahaja?



Bawa tandas peribadi ke mana-mana sahaja

Menerusi Daily NK, laman web dari Korea Selatan yang menumpukan berita khusus di Korea Utara berkata bahawa Kim Jong Un punyai tandas peribadi dimana dia akan bawa kemana-mana sahaja dia pergi. Bukan sahaja di dalam keretapi miliknya, malah Kim Jong Un juga punyai tandas di dalam kereta Mercedes miliknya.

Selain itu, menurut bekas anggota Unit Perintah Pengawal Korea Utara, Lee Yun-keol memberitahu The Washington Post berkata;

Daripada menggunakan tandas awam, Kim Jong Un punyai tandas peribadi yang sentiasa berada bersamanya terutama sekali apabila dia ke luar negara.

Tambah Lee, setiap ‘bahan buangan’ punyai maklumat untuk memantau tahap kesihatan semasa Kim Jong Un.




Sumber: Business Insider
http://ohbulan.com/tahukah-anda-kim-jong-un-sering-bawa-tandas-peribadi-bersamanya-siap-dalam-kereta-pun-ada/

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==