Datin Ezurin Yaacob Wanita Paling Seksi Di Malaysia ?

Bergelar isteri kepada VVIP bukanlah satu penghalang buat Datin Ezurin kelihatan cantik bergaya. Mungkin ramai yang tidak tahu, Datin Ezurin adalah bekas pelakon dan model suatu masa dulu sebelum berkahwin dengan kerabat diraja Pahang, Tunku Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah.




Memiliki susuk tubuh persis anak dara, percaya atau tidak Ezurin atau nama glamour nya Ekhyra sudah mempunyai lima orang cahaya mata!

Bukan sahaja cantik, malah beliau juga gemar memakai pakaian dan akesesori berjenama terkenal termasuk koleksi peribadi beg tangan Hermes!

Peminat Setia Jenama Stella McCartney

Hangat.com boleh katakan beliau antara supermom yang begitu vogue! Buktinya beliau adalah peminat setia dan begitu obses pada rekaan pereka British, Stella McCartney yang sudah lebih dari 10 tahun menjadi pelanggan setia mereka. Lihat sajalah helaian yang akan digayakannya pasti akan terselit helaian terbaru Stella McCartney

Utamakan Keluarga

Walaupun begitu, Ezurin ini sememangnya menjaga peribadi anak – anak dan keluarganya. Sebagai contoh, beliau sanggup berulang – alik dari London dan Malaysia bagi memastikan anak – anaknya mendapat pendidikan yang sempurna.

Malah setiap kali mengembara ke serata dunia, beliau akan memastikan pekerja – pekerjanya ikut sekali. Bukan sahaja menjaga kebajikan keluarganya malah pekerjanya juga dapat merasai pengalaman mengembara ke serata dunia. Beruntung!


Sumber:hangat.com
http://www.kepohkuat.com/datin-ezurin-yaacob-wanita-paling-seksi-di-malaysia/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==