‘Lebih Afdal Saya Tidur Saja’- Raih 90 Undian, Ini Respon Azwan Ali.. Walaupun Kalah, Diva AA Tetap Letop!

Tahun ini merupakan tahun bersejarah buat selebriti kontroversi Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA, apabila dia menceburkan diri dalam bidang politik sebagai calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa. Tetapi nasib tidak menyebelahi Diva AA kerana memperoleh sebanyak 90 undi sahaja.



Walaubagaimanapun, keputusan itu sudah dijangka oleh Diva AA dan mustahil baginya untuk memenangi hati pengundi Bukit Antarabangsa kerana dia bukanlah ahli politik.


Saya bukan orang politik..

Walaupun sudah berhabis puluhan ribu, calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Azwan Ali tidak terkejut dengan kekalahannya malah keputusan itu sudah pun dijangka. Baginya, bukan mudah untuk menawan hati pengundi kawasan itu dengan sekelip mata.

Lebih afdal saya tidur saja. SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menghubungi saya minta datang ke tempat pengiraan undi tetapi saya beritahu takkan hadir kerana saya seorang saja dan tiada jentera penyokong.

Saya bukan orang politik dan siapapun yang menang terpaksalah terima kerana itu kehendak rakyat.

Saya tahu jika kalah akan hilang wang pertaruhan dan saya sudah niat sedekahkan kepada SPR. Tetapi perjuangan saya menentang Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tetap menjadi satu sejarah dan pengalaman yang cukup menarik serta pencapaian yang membanggakan saya.

Sejak awal saya tahu, saya adalah calon yang menang sorak tetapi orang melihat keunikan saya. Kalau saya nak bertanding, saya buat dan tidak ‘propa’ sehingga sanggup menggunakan wang sendiri tanpa adanya penaja walau difitnah pihak Azmin kononnya saya dapat dana daripada kerajaan.

Tambah Azwan, walaupun hilang wang pertaruhan, tiada sebab untuk menjadikannya sebagai satu masalah kerana dia menggunakan duitnya sendiri hasil daripada kerjaya seni.

Jika saya bertanding bukan di kawasan Azmin, mungkin akan dapat undi lebih besar. Apapun ini pengalaman pertama dan syukur dengan apa yang saya dapat.

Saya tak luak apa-apa meskipun dikecam dan jika ‘followers’ semak status di Facebook, saya sudah tutup persoalan mengenai PRU-14. Saya tak mahu cakap lagi.


Sumber: Berita Harian
http://ohbulan.com/lebih-afdal-saya-tidur-saja-raih-90-undian-ini-respon-azwan-ali-walaupun-kalah-diva-aa-tetap-letop/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==