‘Maaf Dan Terima Kasih, Malaysia’ – Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin diakui salah seorang ahli politik yang sangat dekat dengan rakyat. Sikap terbuka yang diamalkannya membuatkan beliau disenangi ramai orang. Di laman sosial, Khairy mengakui kekalahan mereka adalah mesej jelas bahawa mereka perlu muhasabah sedalam-dalamnya sebelum membuka langkah ke hadapan.



Beliau juga turut meminta maaf dan menyatakan akan sama-sama memperjuangkan Malaysia ke arah yang lebih baik.


Hari ini adalah permulaan baru untuk Malaysia


Hari ini adalah permulaan baru untuk Malaysia. Suara keramat rakyat telah memilih perubahan yang cukup jelas dan nyata. Peralihan kuasa perlu berlangsung dengan lancar tanpa sebarang percubaan untuk menafikan suara rakyat.

Sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, saya telah cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Parti ini dan ahlinya telah memberi jasa kepada rakyat dan negara selama lebih 60 tahun ini – yang cacat dan cela datang dari kami pemimpinnya.

Kekalahan ini adalah mesej yang jelas dari rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu bermuhasabah sedalam-dalamnya sebelum membuka langkah kehadapan. Menuju ke hadapan, kita perlu menjadi gerakan politik yang lebih baik dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan lain, kerana rakyat dan ahli akar umbi kita adalah denyut nadi kita.


Maaf dan terima kasih, Malaysia


Cinta saya yang paling utama adalah kepada Malaysia dan rakyatnya. Saya amat berterima kasih di atas mandat yang diberikan rakyat Rembau dan akan terus berkerja keras untuk membangunkan kawasan saya.

Maaf dan terima kasih, Malaysia. Bersama kita ketepikan perbezaan kita untuk Malaysia yang lebih baik bermula hari ini. Malaysia yang berdayasaing, moden dan adil, dengan rakyat sebagai denyut nadinya.

Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Sumber : Khairy Jamaluddin
http://ohbulan.com/maaf-dan-terima-kasih-malaysia-khairy-jamaluddin/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==